Isnin, 15 Mei 2017

PENGENALAN



Bermula 4 Januari, 1978.  SMK SERI GADING dahulunya bernama asal Sekolah Menengah Rendah Parit Haji Hassan atau sekarang sinonim dengan panggilan SEGA telah dibuka dengan rasminya.  Peringkat awalnaya hanya mengandungi dua blok bangunan dua tingkat dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang yang mencukupi.

Namun pertambahan penduduk setempat ketika itu telah memberi kesan langsung kepada sekolah ini. Sekolah ini juga telah mengalami beberapa perubahan. Pada tahun 1984, tiga bangunan tiga tingkat telah siap dibina untuk menampung bilangan pelajar yang kian bertambah. Pada tahun 2000, dua buah bangunan empat tingkat yang baru sebagai asrama, surau, dewan makan pelajar telah dibina untuk pelajar Rancangan Khas demi kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah ini telah dibina dalam kawasan perkampungan dan berhampiran  taman perumahan . Pada masa ini, pelajar-pelajarnya  merupakan anak-anak penduduk setempat. iaitu dari 12 buah sekolah rendah berhampiran.  Sehingga kini jumlah pelajarnya melebihi 1800 orang. Seramai lebih 400 pelajar  belajar di sesi petang.

Selain tuntutan duniawi yang berfokus kepada penguasaan ilmu akademik, tuntutan agama tetap menjadi keutamaan. Namun demikian, ketiadaan tempat menunaikan solat yang kondusif telah menimbulkan permasalahan berikut;

a.       Memulakan Pembelajaran yang menepati MMI tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana pelajar menunaikan solat di Surau Asrama yang jarak antara kelas dengan Surau Asrama hampir 200 meter.

b.      Gambaran pergerakan pelajar   yang kadang kala tidak mematuhi disiplin semasa pergi dan keluar dari Surau Asrama.

c.       Imej Sekolah terjejas kerana ada ketikanya tindakan pelajar yang bersolat dan membuat bising walaupun dikawal oleh guru bertugas.

d.      Risiko pelajar melanggar disiplin atau bergaduh meskipun dikawalselia.

e.       Imej Pentadbiran dan Imej PIBG tercalar , seolah-olah tidak mengambil berat dan tidak peduli tentang kebajikan para pelajar yang menunaikan ibadat di sekolah.



Adalah diharapkan dengan diterajui kepimpinan yang baru ini dan di bawah pentadbiran Parlimen  Sri Gading  dan Kawalselia Pejabat  Pendidikan Batu Pahat ,  nasib dan kebajikan para  pelajar SEGA yang 100 % beragama Islam lebih terbela.

Rasa selesa dan dijaga kebajikannya mendorong perasaan bersedia mengharungi cabaran dalam dunia pendidikan dengan lebih bersungguh-sungguh dan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai Orang Islam dengan penuh rasa tanggungjawab serta khusyuk.

Adalah  sangat  diyakini  bahawa   dengan  kepimpinan  tertinggi   SEGA  diterajui oleh  Pn..  Hjh. Jam’iyah   Binti  Darmawan,  selaku Pengetua, En. Mairop Bin Amal selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan En. Amzzah Bin  Abdullah selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Tn. Hj. Mohd. Sarif Bin Hamid selaku Guru Penolong Kanan Penyelia Petang yang ada sekarang, SEGA akan mampu menampilkan keistimewaan dan kecemerlangan yang tersendiri para pelajarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan