Bermula 4 Januari, 1978. SMK
SERI GADING dahulunya bernama asal Sekolah Menengah Rendah Parit Haji Hassan atau
sekarang sinonim dengan panggilan SEGA
telah dibuka dengan rasminya. Peringkat
awalnaya hanya mengandungi dua blok bangunan dua tingkat dan dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan asas yang yang mencukupi.
Namun pertambahan penduduk setempat ketika itu telah memberi kesan
langsung kepada sekolah ini. Sekolah ini juga telah mengalami beberapa
perubahan. Pada tahun 1984, tiga bangunan tiga tingkat telah siap dibina untuk
menampung bilangan pelajar yang kian bertambah. Pada tahun 2000, dua buah
bangunan empat tingkat yang baru sebagai asrama, surau, dewan makan pelajar telah
dibina untuk pelajar Rancangan Khas demi kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran.
Sekolah ini telah dibina dalam kawasan perkampungan dan berhampiran
taman perumahan . Pada masa ini,
pelajar-pelajarnya merupakan anak-anak
penduduk setempat. iaitu dari 12 buah sekolah rendah berhampiran. Sehingga kini jumlah pelajarnya melebihi 1800
orang. Seramai lebih 400 pelajar belajar
di sesi petang.
Selain tuntutan duniawi yang berfokus kepada penguasaan ilmu
akademik, tuntutan agama tetap menjadi keutamaan. Namun demikian, ketiadaan
tempat menunaikan solat yang kondusif telah menimbulkan permasalahan berikut;
a.
Memulakan Pembelajaran yang menepati MMI tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana pelajar menunaikan
solat di Surau Asrama yang jarak
antara kelas dengan Surau Asrama hampir 200 meter.
b.
Gambaran pergerakan pelajar yang kadang kala tidak mematuhi disiplin
semasa pergi dan keluar dari Surau Asrama.
c.
Imej Sekolah
terjejas kerana ada ketikanya tindakan pelajar yang bersolat dan membuat bising
walaupun dikawal oleh guru bertugas.
d.
Risiko
pelajar melanggar disiplin atau bergaduh meskipun dikawalselia.
e.
Imej Pentadbiran dan Imej PIBG tercalar , seolah-olah tidak mengambil berat dan tidak peduli tentang
kebajikan para pelajar yang menunaikan ibadat di sekolah.
Adalah diharapkan dengan diterajui kepimpinan yang baru ini dan di
bawah pentadbiran Parlimen Sri
Gading dan Kawalselia Pejabat Pendidikan Batu Pahat , nasib dan kebajikan para pelajar SEGA yang 100 % beragama Islam lebih
terbela.
Rasa selesa dan dijaga kebajikannya mendorong perasaan bersedia
mengharungi cabaran dalam dunia pendidikan dengan lebih bersungguh-sungguh dan
dapat menunaikan tanggungjawab sebagai Orang Islam dengan penuh rasa
tanggungjawab serta khusyuk.
Adalah sangat diyakini bahawa dengan kepimpinan tertinggi
SEGA diterajui oleh Pn.. Hjh. Jam’iyah Binti
Darmawan, selaku Pengetua, En.
Mairop Bin Amal selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan En. Amzzah Bin Abdullah selaku Guru Penolong Kanan
Kokurikulum dan Tn. Hj. Mohd. Sarif Bin Hamid selaku Guru Penolong Kanan
Penyelia Petang yang ada sekarang, SEGA akan mampu menampilkan keistimewaan dan
kecemerlangan yang tersendiri para pelajarnya.